Jikalau kita mengerti apa hikmahnya
kita diuji, pasti kita merasai betapa manisnya saat kita menagih simpati dari
Illahi.
Seandainya kita memerhati segala
ciptaan yang terbentang di muka bumi, pasti kita mengakui betapa banyak
kekurangan yang kita miliki.
Walaupun terhiris sejuta perasaan disaat kita sedang mencari arah dan tujuan sebenar dalam kehidupan, meskipun beribu parut luka datang silih berganti sehingga menyakitkan, sekalipun diri terbuang serta dipaling dari mata insan, namun, nescaya rahmat Allah sentiasa menemani tatkala diri ikhlas dalam menerima segala ketentuan yang diberikan.
Lantaran setiap amalan kebaikan yang kita lakukan sering kali disalah erti oleh insan, bukan bermakna kebaikan itu harus terhenti dipertengahan jalan. Tetapi ianya adalah sebagai satu permulaan perjalanan kehidupan untuk terus berada dalam landasan sebenar seperti yang dijanjikan agar tujuan kehidupan yang kita lalui tidak mudah tersasar tatkala diri terlalu mengharapkan kemulian insan.
Kerana gelap dan terang itu adalah suatu
warna yang berbeza, namun sekiranya dicampurkan keduanya menghasilkan keindahan
warna yang cukup mempesona.
Sekiranya digabungkan antara ketenangan dan kebahagiaan
jiwa, maka terhasil darinya adalah kesan
kerana mengingati Sang Pencipta.
Cukuplah dengan mengenali diri serta menghayati
ciptaan Pencipta kerana di situ kita akan mengerti bahawa manusia tidak mampu
lari dari mengharap pertolongan dan belas dariNya.
~ Warna-warna kehidupan ~